Ahmad Zahid dikehendaki hadir ibu pejabat SPRM esok - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid dikehendaki hadir ibu pejabat SPRM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Julai – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikehendaki hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10 pagi esok bagi membantu siasatan berhubung dua kes berasingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah menghubungi Ahmad Zahid untuk hadir ke SPRM pada Rabu lalu.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu bagi meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN