Status Khairy sebagai ketua pembangkang ditentukan dalam mesyuarat dalaman UMNO dan Pas - Utusan Malaysia

Status Khairy sebagai ketua pembangkang ditentukan dalam mesyuarat dalaman UMNO dan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Status Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu di Parlimen akan ditentukan dalam mesyuarat dalaman parti selain rundingan dengan Pas tidak lama lagi, kata Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam sidang akhbar pertamanya hari ini selepas dipilih menjadi Presiden UMNO untuk sesi 2018-2021, Ahmad Zahid berkata, perbincangan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan dijangka sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini.

“Saya adakan perbincangan dengan Khairy Jamaluddin pagi tadi dan telah membuat perincian dalam peranan yang boleh dimainkan. 

“Memandangkan ketua pembangkang mesti dilantik daripada mereka yang dipilih dalam pemilihan parti. Dan saya akan berbincang perkara ini dengan PAS juga,” katanya di Menara Dato Onn.

Turut hadir Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau merangkap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN