TOKYO 1 Julai – Penduduk Okinawa bersiap sedia menghadapi ombak besar dan angin kuat selepas pihak berkuasa cuaca memberi amaran angin puting beliung akan mendekati selatan pulau Jepun
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, taufan Prapiroon mendekati ibu negeri Okinawa, Naha petang ini dengan kelajuan sehingga 144 kilometer per jam,
Ia dijangka mendekati pulau Okinawa malam ini hingga keesokan harinya sebelum bergerak ke barat daya Jepun dan semenanjung Korea, kata agensi itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ribut besar sering menyerang Jepun pada musim panas dan awal musim luruh, yang sering menyebabkan tanah runtuh dan banjir maut.-AFP











