Ahmad Zahid hormati keputusan Mas Ermieyati - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid hormati keputusan Mas Ermieyati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Mana-mana ahli UMNO terutama berstatus Ahli Parlimen seperti Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang keluar parti seharusnya membuat keputusan berdasarkan sokongan rakyat dan parti yang mereka wakili, bukannya berasaskan pertimbangan peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, beliau telah membaca kenyataan bekas Ketua Puteri UMNO itu dan menghormati keputusan yang dibuatnya untuk meninggalkan parti.

“Keputusan tidak seharusnya berdasarkan kepada pertimbangan dan perkiraan peribadi.

“Ini kerana kemenangan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Parlimen adalah kerana mewakili rakyat dan parti yang telah memberikan mereka mandat untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden UMMO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasakan tindakan Mas Ermieyati itu amat tidak wajar dan mengkhianati pengundi di Parlimen Masjid Tanah serta parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Katanya, Mas Ermieyati juga seharusnya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen supaya pilihan raya diadakan bagi membolehkan rakyat memilih semula wakil rakyat mereka.

“Kalau betul ‘gentleman’, beliau perlu mengosongkan kerusi Masjid Tanah dan buat pilihan raya semula untuk buktikan sama ada kemenangannya oleh kerana UMNO atau faktor dirinya sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN