Kahwin budak: tiada unsur jenayah - Utusan Malaysia

Kahwin budak: tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Julai – Tiada sebarang unsur jenayah membabitkan perkahwinan di antara seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan peraih getah yang tular di laman sosial sejak kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, perkahwinan tersebut berlaku setelah mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut.

“Pihak polis mendapati tiada pelanggaran jenayah seperti ugutan namun siasatan akan dijalankan mengikut oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan kanak-kanak tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Din berkata, siasatan dijalankan apabila isteri kedua lelaki tersebut yang berusia 34 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang semalam.

Jelasnya, lelaki tersebut hanya akan dipanggil polis untuk membantu siasatan sekiranya wujud unsur jenayah sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN