Kerajaan PH tetap mansuh undang-undang tertentu - Utusan Malaysia

Kerajaan PH tetap mansuh undang-undang tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 1 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan sedang mengkaji untuk memansuhkan beberapa undang-undang di negara ini yang dilaksanakan kerajaan era Barisan Nasional (BN) terutama yang didapati menyekat kebebasan rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, undang-undang itu termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14).

“Kerajaan sedang kaji kesan daripada banyak undang-undang yang perlu dimansuhkan kerana banyak undang-undang itu hanya menekan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akta itu tidak beri kebebasan bersuara, kebebasan berakhbar dan kebebasan bertindak kepada rakyat, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di Kuah dekat sini hari ini.

Kenyataan terbaharu Perdana Menteri itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu baru-baru ini yang berkata, kerajaan mungkin akan mengekalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 walaupun Pakatan Harapan pernah berjanji untuk menghapuskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

Dalam kenyataan itu, Mohamad mengambarkan akta yang pernah dikatakan memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri itu mempunyai kebaikan kepada pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×