Pemilihan UMNO Bakri ditangguh - Utusan Malaysia

Pemilihan UMNO Bakri ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 1 Julai – Pemilihan UMNO Bahagian Bakri sempena mesyuarat perwakilan bahagian itu ditangguhkan berikutan bilangan undi yang diterima melebihi jumlah perwakilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha UMNO bahagian itu, Othman Taib berkata, penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi.

“UMNO Bahagian Bakri telah memaklumkan perkara itu kepada Ibu pejabat UMNO dan mereka meminta pemilihan ini ditangguhkan dan akan diadakan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Pemilihan semula semua jawatan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden terpaksa dilakukan semula ekoran perkara ini,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Mesyuarat perwakilan bahagian itu diadakan petang semalam dan keputusan pemilihan dijadualkan akan diumumkan serentak pada malamnya.

Pada pemilihan peringkat bahagian, jawatan ketuanya menyaksikan pertandingan tiga penjuru selain jawatan timbalan ketua dan naib ketua turut ada pertandingan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN