Anuar Zain kembali beraksi di Singapura - Utusan Malaysia

Anuar Zain kembali beraksi di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah kejayaan konsert pada 2015, Anuar Zain kini kembali ke pentas Singapura untuk persembahan satu malam yang istimewa buat peminat setianya 26 Oktober depan.

ANUAR ZAIN akan mengadakan persembahan di Singapura Oktober depan.

Konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore akan berlangsung di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre.

Penyanyi yang dianugerahkan sebagai Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 terkenal dengan persembahan berkarisma dalam mengalunkan lagu-lagu balada dengan penuh emosi dan penghayatan.

Menerusi konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore yang akan bermula pada pukul 8.30 malam kelak, Anuar bakal menghiburkan peminat dengan koleksi lagu lama dan baharu dan pastinya ia meninggalkan kesan buat para peminat setianya.

Harga tiket konsert bermula dari SGD $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC ) boleh didapati di semua outlet SISTIC, menerusi talian hotline 63485555 dan juga secara atas talian di www.sistic.com.sg mulai 3hb Ogos 2018 ini.

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Bagi maklumat lanjut, boleh melayari www.hyperecords.com dan https://www.facebook.com/HypeRecords. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×