Rempit: Pendekatan polis Kemaman dipuji - Utusan Malaysia

Rempit: Pendekatan polis Kemaman dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 30 Julai- Kerajaan negeri menghargai dan memuji langkah yang  diambil oleh pihak polis daerah Kemaman dalam menangani gejala merempit baru-baru ini dengan turut mengambil pendekatan kerohanian.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar  mengucapkan syabas kepada Ketua Polis Daerah itu,  Superintendan Mohd Said Ibrahim dan seluruh anggota yang terlibat dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman pada 26 Julai lalu.

“Pendekatan terbaharu oleh pihak polis  dalam menangani gejala rempit ini sangat baik dan wajar dipuji,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi berkenaan, seramai 79 orang kebanyakannya remaja yang ditahan kerana terbabit dengan perlumbaan haram dibawa ke masjid untuk diberi tazkirah selain menunai solat Subuh berjemaah dan bacaan Yasin.

Menurut Dr. Samsuri, dalam usaha mencegah gejala rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambil kira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda  yang terjebak dengan gejala tidak sihat ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×