Jawatan Penasihat MB Perak perlu dikaji keperluannya - Utusan Malaysia

Jawatan Penasihat MB Perak perlu dikaji keperluannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan  negeri Perak perlu mengkaji sama ada jawatan  penasihat khas kepada Menteri Besar negeri itu perlu diwujudkan serta bidang tugas jawatan itu, kata seorang anggota exco hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri  Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kajian secara terperinci perlu termasuk melihat sama ada  jawatan itu diperlukan atau sebaliknya oleh pentadbiran kerajaan negeri.

“Oleh kerana menteri besar cuma mendapatkan nasihat daripada individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu, jadi kita kena lihat perkembangan semasa dan kalau perlu pun apakah bidang tugas dia kita akan kaji semua aspek itu,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat di sini hari ini.

Mohammad Nizar mengulas cadangan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu untuk melantik Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail sebagai penasihat khas menteri besar Perak bertaraf Exco.

Menjelas lanjut, Mohammad Nizar yang juga bekas menteri besar Perak tidak menolak kemungkinan terdapat Exco yang tidak bersetuju dengan pelantikan Siti Aishah.

“Sebab itu kita perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum kita mendapat keputusan secara kolektif. Kita perlu mengadakan perbincangan dan menyelami sekiranya terdapat masalah serta pro dan kontra (pelantikan Siti Aishah sebagai penasihat menteri besar).

 “Buat masa ini, semua pihak perlu menunggu keputusan kerajaan negeri  sehinggalah perbincangan mengenainya selesai dilakukan dan kita akan umumkan keputusannya,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×