Pemimpin sombong, tidak beretika punca rakyat marah - Utusan Malaysia

Pemimpin sombong, tidak beretika punca rakyat marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Sikap sesetengah pemimpin yang sombong dan tidak beretika ketika berkuasa menyebabkan rakyat menjadi marah lalu menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sikap negatif sesetengah pemimpin menyebabkan imej UMNO dan BN menjadi buruk di mata rakyat.

“Kita kena cermin diri kita. Memang ada fitnah, saya pun difitnah tetapi disebabkan sikap kita, rakyat mudah percaya fitnah itu.

“Sebab sikap kita sendiri, apabila berkuasa kita jadi sombong dan kesombongan itu melampau, kita menjadi contoh (gambaran rakyat terhadap) UMNO,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini hari ini.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung serentak di 191 bahagian di seluruh negara bermula pukul 9 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN