Tiga suspek kes culik ditahan di Miri - Utusan Malaysia

Tiga suspek kes culik ditahan di Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Polis menahan tiga suspek kes penculikan seorang lelaki tempatan di sebuah premis perniagaan di Coco Cabana, Marina Bay pada pukul 11.30 malam Khamis lepas.

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, tiga lelaki tempatan berumur 36, 39 dan 46 tahun itu ditahan pada Jumaat iaitu dua daripadanya pada pukul 3 pagi dan seorang lagi pada pukul 3 petang.

“Majikan mangsa penculikan telah membuat laporan polis pada Khamis tentang kejadian tersebut dengan menyatakan mangsa telah secara paksa dibawa lari dari tempat bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lim berkata, polis yang segera melancarkan operasi berjaya menemukan mangsa berumur 36 tahun bekerja sebagai juruteknik sistem bunyi  itu yang ditinggalkan di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini dalam keadaan selamat.

“Siasatan awal mendapati motif culik dipercayai berpunca bekas majikan mangsa menuduh mangsa menyeleweng duit syarikat sebelum berhenti kerja untuk bekerja dengan majikan baharu,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman  empat hari sehingga Selasa ini untuk siasatan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini