Raja Nong Chik rasmi mesyuarat sayap UMNO Lembah Pantai - Utusan Malaysia

Raja Nong Chik rasmi mesyuarat sayap UMNO Lembah Pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, di sini hari ini.

Beliau yang akan melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian kepada Timbalannya, Datuk Ramlan Askolani pada pemilihan UMNO yang berlangsung 30 Jun ini, hadir pada pukul 9.30 pagi.

Dalam ucapan perasmiannya, Raja Nong Chik menasihatkan perwakilan supaya memilih calon yang mampu membawa perubahan kepada UMNO.

“Kita perlu terima hakikat bawa persepsi rakyat kini tidak lagi memihak kepada kita terutama golongan muda.

“Saya nasihatkan kepada perwakilan untuk memilih calon yang mampu membawa kemenangan kepada UMNO, yang mampu bawa perubahan,” katanya ketika merasmikan majlis di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datin Azizan Sharif; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Nazri Abdul Rahman dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Norsyahidah Hanim Mohd. Sallehudin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN