Ahli Parlimen angkat sumpah 16 Julai - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen angkat sumpah 16 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sum­pah jawatan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang akan bermula pada 16 Julai depan selama 20 hari.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkata, majlis angkat sumpah itu akan dilakukan selepas pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Istiadat pembukaan sidang Parlimen akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 17 Julai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, mesyuarat pertama bagi penggal ini akan dimulakan dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja selama dua ming­gu diikuti dengan sesi penggulungan oleh menteri-menteri pada minggu ketiga.

“Urusan minggu keempat dan kelima adalah perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN