LG sasar buka 30 kedai rakan niaga - Utusan Malaysia

LG sasar buka 30 kedai rakan niaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun – LG­ Electronics (M) Sdn. Bhd. menyasarkan untuk mempunyai 30 kedai rakan niaga menjelang akhir tahun ini berbanding 25 cawangan sedia ada.

Pengurus Besar Jualan LG, Patrick Seow berkata, pihaknya menyasarkan ban­dar-bandar utama termasuk Johor Bahru dan Kuching,

“Jenama kami sudah mempunyai beberapa kedai rakan niaga di Lembah Klang dan kini akan ter­tumpu kepada bandar-bandar lain.

“Setiap kedai rakan niaga memerlukan se­kurang-kurangnya bebe­rapa ratus ribu ringgit untuk pengubahsuaian ba­­gi bahagian produk LG Electronics,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian kedai je­nama LG di Desa Home @ One Space, One City di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pe­ngarah Urusan Desa Home, Jack Tan dan Pengurus Jualan Serantau LG, Chong Xu Jenn.

Kedai jenama LG yang pertama di Subang Jaya itu akan menempatkan pera­latan elektronik terkini da­ripada LG seperti televisyen diod pemancar cahaya organik (OLED), televisyen ultra definisi tinggi (UHD), peti sejuk, mesin basuh dan pe­nyaman udara.

Seow berkata, dengan pembukaan kedai baharu itu, pihaknya turut yakin dapat mengekalkan jumlah jualan dua angka untuk tahun ini.

Sementara itu Tan ber­kata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan LG bagi menempatkan barangan elektrik berkualiti tinggi keluaran jenama itu di Desa Home @ One Space.

“Menerusi kerjasama ini kami berharap dapat menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN