Amirudin dilantik Menteri Besar Selangor baharu - Utusan Malaysia

Amirudin dilantik Menteri Besar Selangor baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu di Istana Alam Shah, Klang pada Rabu lepas.

Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke­-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyertai Kabinet kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan, ikrar dan aku janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang berasal dari Pontian, Johor merupakan antara calon termuda pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor selepas ADUN Sungai Panjang Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Khir Toyo yang dilantik ke jawatan itu ketika berusia 35 tahun pada tahun 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini