Aksi hambar jejaskan Messi – Sampaoli - Utusan Malaysia

Aksi hambar jejaskan Messi – Sampaoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIZHNY NOVGOROD – Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli berpendapat aksi hambar pemain-pemain lain menjejaskan prestasi bintang utama, Lionel Messi ketika tewas 0-3 kepada Croatia dalam saingan Kumpulan D awal pagi semalam.

MESSI gagal membantu Argentina meraih kemenangan. maah mereka
MESSI gagal membantu Argentina meraih kemenangan. maah mereka diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada Croatia pada aksi kedua Kumpulan D awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nizhny Novgorod itu, Croatia menampilkan aksi lebih baik apabila meledak tiga gol menerusi Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Argentina yang dilimpahi pemain-pemain bintang pada jentera serangan dilihat gagal melakukan percubaan-percubaan berbahaya ke pintu gol Croatia sekali gus semakin hampir untuk tersingkir.

“Saya tidak mahu buat perbandingan antara Messi dan (Cristiano) Ronaldo. Jika dilihat pada pasukan Argentina sekarang, ia seolah-olah menyekat potensi sebenar yang ada pada Messi.

“Dia tidak mampu mempamerkan aksi sebenarnya kerana pemain-pemain lain tidak dapat mencipta kombinasi terbaik bersamanya. Sebagai jurulatih, saya perlu tangani masalah ini,” kata Sampaoli.

Bekas pengendali Chile itu juga mengakui gol pertama yang diperoleh Croatia pada perlawanan semalam turut menjadi penyebab mereka gagal menampilkan aksi sebenar sebelum bolos dua gol lagi.

“Kami cuba berikan tekanan kepada mereka pada bahagian tengah, namun kami seolah-olah hilang arah tuju selepas mereka jaringkan gol pertama. Kami sangat kecewa tetapi ia tidak bermakna kami sudah menyerah kalah,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN