Lahirkan ramai pemimpin wanita berkualiti - Utusan Malaysia

Lahirkan ramai pemimpin wanita berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berharap kepemimpinan baharu UMNO yang bakal dipilih oleh para perwakilan esok dapat melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berkualiti.

Noraini Ahmad
NORAINI

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, golongan berkenaan bertanggungjawab untuk membawa suara wanita ke tahap yang lebih tinggi.

“Di samping itu, kepemimpinan ini juga akan menilai semula keberkesanan gerak kerja Wanita UMNO selama ini dengan hati yang terbuka dan objektif supaya kelemahan dapat dikenal pasti serta kekuatan dapat terus diperkukuhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya secara peribadi berazam untuk memastikan Wanita UMNO menjadi tulang belakang pembaharuan dan perubahan yang diperlukan UMNO untuk kembali menjadi sandaran rakyat, insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Noraini akan bersaing merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dengan dua lagi pencalonan iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd. Don. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini