Suarez bawa Uruguay ke peringkat kalah mati - Utusan Malaysia

Suarez bawa Uruguay ke peringkat kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSTOV-ON-DON 21 Jun – Luis Suarez tidak mengulangi ‘taktik kotor’ untuk melayakkan Uruguay ke peringkat kalah mati apabila menjaringkan gol tunggal bagi mengatasi Arab Saudi 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala Dunia, sebentar tadi.

Penyerang Barcelona itu meledak gol pada penampilan antarabangsanya yang ke-100 selepas membuat sentuhan daripada sepakan sudut Carlos Sanchez pada minit ke-23.

Kejayaan tersebut membolehkan Uruguay mengiringi Rusia ke peringkat kalah mati lebih awal setelah masing-masing berkongsi enam mata, manakala dua lagi pasukan dalam Kumpulan A iaitu Arab Saudi serta Mesir gagal mengumpul sebarang mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam dua edisi Piala Dunia terdahulu, pemain berusia 31 tahun itu mengakhiri kejohanan tersebut dengan pergantungan susulan insidennya menghalang bola daripada gol ketika menentang Ghana pada 2010, sebelum mengigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini empat tahun kemudian.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini