Gadis maut dihempap pokok sena - Utusan Malaysia

Gadis maut dihempap pokok sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang ibu tidak menyangka sikap anak gadisnya yang tiba-tiba merajuk ha­nya kerana tidak dipuji selepas mengemas rumah pada Sya­wal kedua lalu menjadi petanda Intan Syahira Ahmad Safri, 23, akan pergi buat selama-lamanya semalam.

Lebih tragis lagi ialah mang­sa, Intan Syahira, maut selepas dihempap sebatang pokok sena yang tumbang ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Ayer Keroh Lama di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Intan Syahira yang menunggang motosikal jenis SYM cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikeluarkan pasu­kan bomba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, ketika kejadian, anak kedua daripada empat adik-beradik itu dalam perjalanan dari rumah sewanya ke tempat kerja di sebuah kilang di Ayer Keroh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini