Tugas berat Messi - Utusan Malaysia

Tugas berat Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIZHNY NOVGOROD, Rusia 20 Jun – Hari jadi Lionel Messi ke-31 hujung minggu ini menjadi satu alamat amaran Rusia mungkin Piala Dunia dan peluang terakhirnya untuk mengikut jejak rakan jagoan Argentina, Diego Maradona menjulang hadiah teragung itu.

Kapten cilik Argentina itu yang dikenali sebagai ‘La Pulga’ (Si Pinjal) telah memenangi setiap anugerah yang boleh digambarkan dengan Barcelona tetapi menderita terlepas piala-piala antarabangsa kedua-duanya pada Piala Dunia dan Copa America.

Bagi ramai warga Argentina, itu bererti ketika dia mungkin menjadi pemain terbaik dunia sekarang, Messi tidak memasuki tugu yang sama seperti Maradona ‘El Pibe’ (Si Budak) yang memenangi Piala Dunia 1986.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dengan Argentina tampak tidak berfungsi dan kurang menyerlah sepanjang kelayakan, impian Messi menyamai Maradona di Rusia sentiasa tampak sukar ditunaikan.

Tugas itu makin sukar pada minit ke-64 perlawanan pembukaan Argentina apabila penalti lembutnya diselamatkan oleh penjaga gol Iceland – disaksikan dengan jelas oleh Maradona yang akur dengan keluhan “Dieeeeego!” terlebih dulu.

Walaupun Maradona, 57, menenangkan Messi bahawa dia pun pernah tersasar lima penalti berturut-turut dan seri 1-1 dengan Iceland satu kegagalan bersama, petandanya buruk.

“Lihat, saya sayang Messi, kita semua. Namun itu hanya tidak menjadi baginya di peringkat antarabangsa,” kata Guillermo Aguirre, bersiar sekitar Nizhny Novgorod ketika peminat-peminat Argentina mula tiba bagi perlawanan menentang Croatia, Khamis ini.

“Saya mahu melihatnya menjulang piala jadi debat Maradona boleh diakhiri kerana tidak adil baginya. Namun jika saya realistic, Brazil merupakan p;eluang terbaik,” tambah Aguirre, merujuk kekalahan Argentina 1-0 kepada Jerman dalam perlawanan akhir 2014.

Ramai menduga Messi meninggalkan bola sepak antarabangsa selepas Rusia, selepas dia menyebut “persaraan” sejurus selepas kekalahan penalti penentuannya yang menghampakan kepada Chile dalam Copa America 2016 di mana dia sekali lagi tersasarnya.

Dia telah menikmati satu karier kelab yang gemilang, memenangi Pemain Terbaik Dunia lima kali dengan deretan gelaran La Liga dan Liga Juara-juara.

“Jelas bahawa warisan dan kedudukan Messi dalam sukan ini akan meningkat dengan kejayaan di Rusia musim panas ini tetapi dia tidak perlu memenangi Piala Dunia untuk dilihat sebagai setaraf Maradona,” tegas penulis sukan berpangkalan di London, Greg Lea dalam satu artikel bagi The Sportsman.

“Liga Juara-juara kini kemuncak sukan dunia daripada segi kualiti dan Messi memenanginya pada beberapa kali,” tambahnya, menyebut Messi memenangi Bola Emas sebagai pemain terbaik di Brazil dan mungkin merangkul trofi Piala Dunia jika Gonzalo Higuain melakukan penyudahan lebih baik.

Di tanah air, wajah dan nombor Messi memenuhi papan-papan iklan, topeng-topeng dan baju-baju seluruh negara, namun kisah hidupnya tidak meraih simpati seperti mana Maradona yang bangkit dari lembah hina dan menunjukkan kelemahannya dengan ketagihan kepada dadah dan alkohol.

Sebaliknya, Messi yang lebih pendiam, berpindah ke Sepanyol ketika 11 tahun dan mempunyai imej contoh keluarga. Namun jika dia gagal lagi di Rusia, akan ada simpat daripada rakan professional yang berasa rakan sepasukan dan pihak berkuasa negara yang huru-hara, menghampakannya sambil peminat-peminat yang mudah beralih lupa dia masih penjaring terbanyak Argentina.

“Anda tidak boleh menyerahkan segala tanggungjawab kepada Messi. Kerana apa maknanya anda di sana?” kata bekas penyerang Argentina, Claudio Caniggia.

“Messi tidak mendapat sokongan yang sama daripada rakan sepasukannya seperti Maradona.” – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini