Simpan 550 senjata api di rumah - Utusan Malaysia

Simpan 550 senjata api di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES, California – Pihak berkuasa merampas lebih 550 senapang di dua rumah berasingan dan membuat satu tangkapan selepas menerima maklumat seorang bekas penjenayah menyimpan sejumlah besar senjata.

Manuel Fernandez, 60, ditahan pada minggu lalu selepas timbalan syerif daerah Los Angeles dan pasukan penyiasat persekutuan menyerbu rumahnya yang terletak di Agua Dulce, Lembah Antelope.

Pihak berkuasa kembali ke rumahnya pada hari berikutnya, mereka menemui 91 senapang lagi yang disembunyikan di kediamannya, manakala 30 senapang dirampas di sebuah rumah di Agua Dulce.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rumah itu dipercayai milik Fernandez yang tinggal bersama seorang wanita namun ketika serbuan, wanita berkenaan tiada di rumah.

“Kes ini membuktikan penglibatan masyarakat amat penting dalam mengurangkan jenayah menyebabkan kami berjaya merampas senjata dalam sejarah rampasan senjata di negeri ini, kata syerif Jim McDonnell.

Fernandez kini didakwa kerana memiliki senjata api, raifal dan sejumlah besar peluru secara haram tetapi diarahkan membayar ikat jamin sebanyak AS$35,000 (RM140,275).

Menurut beberapa laporan tempatan, Fernandez pernah dijatuhi hukuman penjara selama 486 hari pada Februari tahun 2017 dan dibebaskan pada Ogos namun jenayah yang dilakukan tidak dijelaskan.

Fernandez dijangka hadir semula ke Mahkamah Tinggi Lembah Antelope pada 9 Julai depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini