Bukan landasan pemimpin UMNO bersandiwara - Utusan Malaysia

Bukan landasan pemimpin UMNO bersandiwara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Pemilihan UMNO yang bakal menentukan hala tuju parti itu pada 30 Jun ini tidak seharusnya dijadikan landasan untuk para pemimpinnya bersandiwara.

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, disebabkan itu semua ahli serta kepemimpinan UMNO perlu memperbaiki cara perjuangan masing-masing memandangkan masa depan rakyat bergantung kepada tindak-tanduk pemimpin parti.

“Kita kena baiki cara kita berjuang, kita tak boleh fikirkan ini landasan untuk bersandiwara semata-mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa depan rakyat bergantung kepada tindak-tanduk kita sebagai orang yang bertanggungjawab memimpin dan tentukan dasar parti yang menjadi pegangan orang ramai dalam perjuangan ini,” katanya dalam pertemuan bersama Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tengku Razaleigh yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, kini telah tiba masanya untuk setiap ahli UMNO serta rakyat mengubah sikap agar mereka lebih serius dalam hidup masing-masing.

“Saya harap bukan sahaja ahli tetapi rakyat akan ubah sikap supaya kita lebih serius dalam hidup kita,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berkata, tawaran beliau untuk bertanding jawatan Presiden UMNO merupakan sumbangan positif terhadap perjuangan parti itu yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

“Jadi, saya rasa saya tidak buat kesilapan untuk tawar diri, kalau diterima, Alhamdullilah.

“Kalau tidak diterima sekurang-kurangnya saya sudah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang yang setia kepada perjuangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini