Duterte lulus dana ketenteraan RM22.69 bilion - Utusan Malaysia

Duterte lulus dana ketenteraan RM22.69 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 20 Jun – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan dana ketenteraan sebanyak 300 bilion pesos (RM22.69 bilion) dalam tempoh lima tahun.

Dana itu bakal digunakan untuk memajukan kemudahan ketenteraan lama yang sedang digunakan oleh Filipina termasuklah kapal perang ketika era Perang Dunia Kedua dan helikopter yang pernah digunakan oleh Amerika Syarikat (AS) sewaktu Perang Vietnam.

“Kita akan membeli peralatan baharu seperti jet pejuang, dron, kereta kebal, radar dan kapal selam untuk meningkatkan kemampuan ketenteraan kami,” kata seorang pegawai pertahanan yang enggan dikenali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, menurut seorang jeneral kanan tentera yang enggan didedahkan identitinya, Duterte sudah meluluskan 33 projek pemodenan ketenteraan, dengan tumpuan diberikan kepada keselamatan domestik serta melindungi perairan negara ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini