UMNO persoal tindakan gugur tuntutan Pulau Batu Puteh - Utusan Malaysia

UMNO persoal tindakan gugur tuntutan Pulau Batu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – UMNO menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perlunya Malaysia meneruskan penguasaan di pulau-pulau Laut China Selatan kerana ia mencerminkan betapa kerajaan memandang berat isu kedaulatan negara serta hak ke atas Pulau Layang-Layang yang dikuasai dan dibangunkannya.

Namun, Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam satu kenyataan menjelaskan, mereka merasakan sesuatu yang pelik apabila Perdana Menteri menggugurkan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh milik Johor yang jaraknya cuma 12.8 batu nautika dari sempadan Malaysia.

“Pulau Batu Puteh adalah sebahagian kawasan perairan dan kedaulatan negara semenjak Empayar Johor pada kurun ke-16 lagi. 


Memuatkan artikel berkaitan…

“Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan lebih mementingkan Kepulauan Spratly yang jaraknya 1,688 kilometer sebagai satu-satunya hak yang perlu dipertahankan,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, dari segi logik, Pulau Batu Puteh perlu dituntut dengan segala dokumen yang ada dan diserahkan semula ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague.

“UMNO tidak dapat menerima logik di sebalik ‘permainan’ Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan dalam kes Pulau Batu Puteh kerana tuntutan ke atasnya dibuat sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke empat.


“Adakah isu pengguguran Pulau Batu Puteh itu menjadi persetujuan dalam rundingan antara Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada bulan lalu, sebagai ‘syarat’ untuk membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini