Kanak-kanak mangsa mercun maut:1 lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak mangsa mercun maut:1 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Jun – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang maut terkena mercun dalam kejadian di Felda Papan Timur, Kota Tinggi pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmon Bajah, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan pukul 1.30 petang ini di kawasan felda tersebut.

“Dengan tangkapan ini, kes telah berjaya diselesaikan dan kertas siasatan akan di rujuk segera kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar hari ini melaporkan Nuraqira Khaeefa Muhammad Saad meninggal dunia kelmarin selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Dalam kejadian pukul 8 malam Khamis lalu, mangsa cedera parah selepas kepalanya terkena serpihan bekas mercun yang meletup.

Ketika kejadian Aqira bersama tiga sepupunya berada di halaman rumah untuk mengutip sampah sebagai persiapan menyambut raya keesokkan harinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini