Annuar Musa tanding Timbalan Presiden untuk pastikan adanya perubahan dalam UMNO - Utusan Malaysia

Annuar Musa tanding Timbalan Presiden untuk pastikan adanya perubahan dalam UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar  Musa berkata, beliau tidak akan berundur  untuk membantu membawa perubahan yang diperlukan parti itu susulan kekalahan paling teruk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Sambil menyifatkan dirinya sebagai orang paling ‘senior’ yang masih berada dalam saf kepimpinan parti, Annuar berkata, beliau menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini untuk membantu pucuk pimpinan dan Presiden parti dalam usaha merekayasa semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, kaum bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.

“Tidak dapat tidak merekayasa mesti melibatkan perubahan besar. Perubahan bukan sahaja pada individu tetapi semestinya melibatkan pada dasar, organisasi, strategi dan modus operandi parti. Saya sanggup bekerjasama dengan Presiden dan MT UMNO untuk memastikan perubahan dilakukan dengan penuh komitmen, cermat, tersusun dan bijaksana, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Annuar yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada PRU-14 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan Putrajaya yang kini ditadbir Pakatan Harapan berkata, roh dan falsafah UMNO akan terus dipertahankan, manakala pendekatan dan amalan wajib diubah.

“Konsep dan penyertaan UMNO dalam BN perlu disemak. Prinsip muafakat antara kaum perlu diperbaharui, malah cara parti memandang ke hadapan perlu pragmatik dan meneliti pelbagai pilihan yang ada demi mencapai cita-cita membela agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini