Zahid tak minat berdebat dengan Ku Li - Utusan Malaysia

Zahid tak minat berdebat dengan Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi reaksi kurang berminat berhubung cadangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdebat serta mengisyitiharkan harta menjelang pemilihan parti itu pada hujung bulan ini.

Menurut Ahmad Zahid, cadangan Tengku Razaliegh adalah daripada sebelah pihak Ahli Parlimen Gua Musang itu sendiri dan beliau setakat ini belum membuat keputusan berhubung ajakan berdebat tersebut.

“Tidak mengapalah kerana itu hanya padangan daripada beliau (Tengku Razaleigh) sahaja untuk berdebat,” tegasnya tanpa menunjukkan minat untuk mengulas lebih lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh di sini tengah hari tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini