Mohd. Gazali dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan - Utusan Malaysia

Mohd. Gazali dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Jun – Datuk Dr. Mohd. Gazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Mohd. Gazali yang jawatannya sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986.

“Saya yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan awam, beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelantikan Mohd. Gazali itu bagi menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang telah bersara wajib pada pertengahan Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini