Wanita maut bas terbalik - Utusan Malaysia

Wanita maut bas terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gombak – Seorang wanita maut mana­kala empat lagi ce­dera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbalik dalam satu kemala­ngan di Kilo­meter 33.5 Lebuh Raya Karak dekat sini pada pukul 6.43 petang semalam.

Emilia Md. Zaki, 35, maut di lokasi kejadian. Difahamkan bas yang menghala dari Bentong ke Kuala Lumpur tersebut membawa seramai 42 penumpang dengan empat daripadanya mengalami kecederaan parah manakala 10 mangsa cedera ringan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, seramai 40 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong serta pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dari balai Gen­ting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini