Parti perlu pemimpin kredibel - Utusan Malaysia

Parti perlu pemimpin kredibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli akar umbi UMNO mahu parti itu diterajui oleh calon Presiden yang berwibawa dan dapat menyelamatkan parti tersebut selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Persaingan untuk mere­but kerusi Presiden pada Pemilihan UMNO pada 30 Jun ini kini bertumpu kepada tiga calon utama iaitu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, siapa yang akan memenangi jawatan nombor satu parti itu sukar dipastikan kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, masih terlalu awal untuk mengetepikan mana-mana antara tiga calon utama itu.

“Masih ada 13 hari tempoh berkempen. Semua calon ada kekuatan ma­sing-masing,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini