KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) menyusulkan tujuh syor kepada Majlis Penasihat Kerajaan untuk dilaksanakan dengan segera bagi melakukan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap institusi di negara ini.
Menurutnya, cadangan awal penambahbaikan agensi-agensi terbabit perlu dibuat agar isu nasional yang membelenggu negara seperti 1Malaysia Development Berhad tidak berulang lagi.
“Laporan holistik berkaitan cadangan reformasi ini yang mengandungi lebih banyak syor tentang pembaharuan kepada Majlis Penasihat Kerajaan akan dibentangkan pada 15 Julai ini. Laporan ini menekankan aspek integriti supaya agensi terbabit dilihat bebas rasuah sepenuhnya,” kata beliau.
Ambiga berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa itu bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini semalam.











