Banjir di Asia Selatan ragut puluhan nyawa - Utusan Malaysia

Banjir di Asia Selatan ragut puluhan nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI, India – Banjir kilat akibat hujan monsun membunuh berpuluh-puluh orang di Asia Selatan dan mengakibatkan lebih sejuta penduduk terpaksa berpindah, kebanyakannya di timur laut India serta Bangladesh, kata pihak berkuasa semalam.

Air Sungai Brahmaputra yang mengalir dari Banjaran Himalaya melalui India dan Bangladesh melimpah dan mengenangi lebih 1,500 buah kampung di negeri Assam, India sejak seminggu lalu.

“Situasi banjir masih kritikal,” kata Menteri Sumber Air Assam, Keshab Mahanta kepada agensi berita Reuters, merujuk kepada sekurang-kurangnya 10 daripada 32 daerah di negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Banjir tersebut membunuh hampir 20 orang dan menyebabkan 800,000 penduduk hilang tempat tinggal di negeri Assam, Tripura serta Manipur.

Paras air Sungai Brahmaputra dijangka meningkat hingga hujung minggu ini dan diramal susut jika tiada lagi hujan lebat turun.

Sementara itu di Bangladesh, seramai 11 orang terkorban dan lebih 250,000 lagi terpaksa berpindah akibat banjir, kata beberapa pegawai tempatan. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini