68.5 juta pelarian di seluruh dunia - Utusan Malaysia

68.5 juta pelarian di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA – Seramai 68.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat perang, keganasan dan penindasan terutamanya di negara seperti Myanmar dan Syria, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Menjelang akhir tahun 2017, angka itu hampir tiga juta lebih ramai berbanding tahun sebelumnya dan mencatatkan peningkatan 50 peratus daripada 42.7 juta orang yang melarikan diri sejak sedekad lalu, demikian menurut laporan agensi pelarian PBB (UNHCR).

Angka terkini itu menyamai populasi Thailand, manakala jumlah itu juga bersamaan kadar satu dalam setiap 110 penduduk di seluruh dunia, kata UNHCR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berada di persimpangan yang mana kejayaan dalam menguruskan pelarian global memerlukan pendekatan baru dan jauh lebih komprehensif supaya negara dan komuniti terlibat tidak dibiarkan menguruskan pelarian secara bersendirian,” kata Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi.

Laporan agensi berkenaan mendapati seramai 16.2 juta orang menjadi pelarian baharu pada tahun lalu.

Jumlah tersebut bersamaan kira-kira 44,500 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka setiap hari ataupun seorang dalam setiap dua saat, kata UNHCR lagi.

Kebanyakan orang yang melarikan diri itu menjadi pelarian dalam negara sendiri (IDP).

Pada akhir 2017, terdapat kira-kira 40 juta IDP di seluruh dunia, berkurangan sedikit daripada tahun sebelumnya dengan Colombia, Syria dan Republik Demokratik Congo mendahului senarai angka tertinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini