Anwar mohon sokong Amirudin - Utusan Malaysia

Anwar mohon sokong Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar semua pihak menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang mewakili Pakatan Harapan.

Beliau percaya kemelut dalaman yang bermula daripada pelantikan Amirudin itu mampu dileraikan secara baik.

“Tahniah dengan tugas menggalas amanah parti dan rakyat Selangor. Semalam saya telah menggesa beliau untuk memimpin negeri berdasarkan mandat rakyat, bekerja sebagai satu pasukan dan memperkukuh jamaah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pimpinan dan jentera kerajaan perlu bersih dari rasuah, sifat bermewah, dan pembaziran,” katanya melalui catatan dalam laman Twitter miliknya di sini hari ini.

Hari ini, Amirudin telah mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor ke-16 bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pelantikan Amirudin, 38, yang dikatakan calon pilihan Mohamed Azmin itu menepati cakap-cakap politik sebelum ini walaupun ada usaha untuk meletakkan ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad melalui restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini ialah ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei.

Walau bagaimanapun, kedua-duannya iaitu Idris dan Mat Shuhaimi tidak kelihatan semasa majlis angkat sumpah berlangsung dengan ADUN Sungai Kandis itu difahamkan sedang mendapat rawatan di hospital manakala Idris tidak diketahui mengapa beliau tidak hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini