30 penumpang, 2 pemandu cedera bas terbalik di Gerik - Utusan Malaysia

30 penumpang, 2 pemandu cedera bas terbalik di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Sejumlah 30 penumpang dan dua pemandu bas mengalami kecederaan apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3 petang itu, salah seorang pemandu bas berusia lewat 20-an itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala seorang lagi pemandu dan 30 penumpang termasuk seorang bayi turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati bas dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Perlis itu dipercayai hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian selepas menuruni bukit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bas tersebut kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas masuk ke dalam longkang di tepi jalan.

“Salah seorang pemandu bas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala 30 penumpang termasuk seorang bayi masing-masing turut mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Tambah Ismail, pihaknya bagaimanapun masih belum mengenalpasti bilangan penumpang yang mengalami kecederaan parah atau ringan memandangkan kebanyakan penumpang telah dibawa ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan lanjut mengenai punca kejadian sedang dijalankan dari masa ke masa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini