Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di Kubang Buaya, Kuantan, Pahang pada pukul 11.50 pagi tadi.

Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 79 tahun akibat sakit tua. 

Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Pahang selama enam bulan dari November 1981 hingga Mei 1982. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah dimandi dan dikafankan di kediaman Allahyarham manakala solat jenazah dan pengebumian akan dijalankan di Pekan.

Abdul Rashid menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang ke-11 ketika berusia 43 tahun menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Datuk Rahim Abu Bakar.

Bagaimanapun, selepas enam bulan berkhidmat Abdul Rashid telah memberi laluan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang ke-12 pada tahun 1982 hingga 1986. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini