Amirudin serah kepada kepimpinan PH jawab dakwaan Idris - Utusan Malaysia

Amirudin serah kepada kepimpinan PH jawab dakwaan Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari enggan menjawab dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad berhubung pelantikannya sebagai menjadi Menteri Besar tidak mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pucuk kepimpinan PH untuk menjawab segala dakwaan Idris terhadapnya. 

“Saya fikir biarlah kepimpinan PH yang menjawabnya. Tugas saya adalah untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Idris mendakwa dirinya adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan majoriti daripada empat parti komponen PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya tidak mahu komen mengenai perkara ini dan biarlah kepimpinan Pakatan Harapan yang menjawab dakwaan beliau (Idris). 

 “Saya tidak mahu terjebak dalam polemik ini. Perbincangan (pelantikan Amirudin) berjalan dengan baik demi memastikan kesinambungan kemajuan dan kestabilan Selangor,” kata mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Idris itu. – K! ONLINE  
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini