Jaringan Kane pastikan kemenangan England - Utusan Malaysia

Jaringan Kane pastikan kemenangan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VOLGOGRAD 19 Jun – England memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan selepas menundukkan Tunisia 2-1 dalam aksi Kumpulan G di Arena Volgograd, sebentar tadi.

England meraih jaringan pertama mereka menerusi penyerang utamanya, Harry Kane pada minit ke-11 hasil rembatan susulan dari jarak dekat selepas tandukan John Stones terkena palang.

Skuad Three Lions terus menggandakan asakan bagi terus menambah bilangan jaringan namun gagal memberikan sebarang hasil positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tunisia kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Kyle Walker melakukan kekasaran terhadap Fakhreddine Ben Youssef dalam kotak penalti dan sepakan itu mudah disempurnakan Ferjani Sassi untuk menyamakan kedudukan.

Ketika England hampir menerima nasib sama seperti Argentina dan Brazil, Kane menjadi wira skuad Three Lions selepas tandukannya dari jarak lima meter menerjah penjuru kanan gawang Tunisia hasil hantaran Harry Maguire.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini