Doakan kesejahteraan Dr. Zafri Ismadi – Isteri - Utusan Malaysia

Doakan kesejahteraan Dr. Zafri Ismadi – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 18 Jun – Isteri kepada Pengarah Perubatan Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Zafri Ismadi Mohd. Anis yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Karak, Bentong pada Khamis lalu redha dengan ketentuan Allah SWT berhubung kejadian yang menimpa suaminya.

ANI NORITA MUHAMAD SAMUDI
ANI NORITA MUHAMAD SAMUDI

Ani Norita Muhamad Samudi, 35, berkata, suaminya kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di sini.

“Suami saya kini berada dalam kea­daan kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan selepas me­ngalami patah tulang kaki kanan dan patah tulang paha kiri selain mengalami kecederaan limpa dan paru-paru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya meminta orang ramai mendoakan kesejahte­raan Dr. Zafri Ismadi agar sembuh kembali dan dapat berkhidmat kepada masyarakat dan kemanusiaan sejagat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hos­has di sini hari ini.

Berhubung kemalangan yang menimpa suaminya, Ani Norita berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu ketika Dr. Zafri Ismadi dalam perjalanan pulang ke Bangi, Selangor selepas selesai tugas di Hos­has.

“Selepas kejadian itu, saya dapat menghubungi suami ketika dia dalam van ambulans untuk membawanya ke Hospital Bentong. Ketika itu saya sedang berbuka puasa.

“Waktu itu, suami masih boleh bercakap dan sempat menelefon saya dan ibu bapanya di Muar, Johor. Kami juga merancang beraya di Muar tetapi tidak kesampaian dan kami sekeluarga hanya beraya di hospital,” katanya.

Menurutnya, Dr. Zafri Ismadi menjalani pembedahan membuang limpa yang rosak pada Jumaat lalu iaitu pada hari raya pertama dan sejak itu suaminya koma sehingga kini.

“Bagaimanapun, suami saya seolah-olah memahami jika kita berbisik di telinganya dan me­ngalirkan air mata,” katanya.

Sementara itu, ibu Dr. Zafri Ismadi, Zainab Hasan, 62, berkata, Pengarah Perubatan MRA itu merupakan anak ketiga dari tujuh beradik dan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Beliau kini berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan,” katanya.

Katanya lagi, Dr. Zafri Ismadi dijangka menjalani pembedahan membuang limpa dalam masa terdekat selepas proses memasukkan besi di bahagian kaki dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini