Remaja putus kepala kenderaan pacuan empat roda dinaiki terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Remaja putus kepala kenderaan pacuan empat roda dinaiki terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama seorang rakan terlibat dalam kemalangan di Parit Mat Alam dekat Titi Serong di sini pagi tadi.

Kejadian pada pukul 6.15 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 17 tahun dan berasal dari Tanjung Piandang dekat sini putus kepala.

Difahamkam, kemalangan tersebut menyebabkan kepala dan badan mangsa terpisah sejauh empat meter

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakan mangsa yang memandu kenderaan jenis Isuzu D-Max bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Sewaktu kejadian, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan tersebut setelah kenderaan berkenaan bertembung dengan kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 6.30 pagi dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini