Aliran trafik lancar di lebuh raya utama - Utusan Malaysia

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat pukul 10 malam ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini