SAMB adakan program Iftar Mahabbah - Utusan Malaysia

SAMB adakan program Iftar Mahabbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 12 Jun – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah menganjurkan program Iftar Mahabbah SAMB yang dihadiri oleh 500 orang kakitangan SAMB dan tetamu jemputan di Bangunan Wisma Air di Jalan Hang Tuah di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Mohd. Sofi Abdul Wahab; dua Ahli Lembaga Pengarah SAMB yang baru dilantik iaitu Norhizam Hassan Baktee dan Low Chee Leong serta Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd. Khalid Nasir.

Ketua Menteri, Adly Zahari turut hadir untuk solat Isyak berjemaah dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan SAMB dan anak-anak kakitangan yang kurang berkemampuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Khalid, majlis Iftar Mahabbah merupakan program kemuncak bagi semua program sepanjang bulan Ramadan yang telah berlangsung di SAMB.

“Antara program yang telah diadakan adalah solat sunat Tasbih dan Dhuha, program Taqqarub al-Quran dan program Infaq Ramadan SAMB. Program ini merupakan kutipan sumbangan daripada semua warga kerja SAMB dan hasilnya disampaikan kepada lapan keluarga yang telah menerima bantuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini