Nasib penjawat awam lebih baik jika BN kekal kerajaan - Najib - Utusan Malaysia

Nasib penjawat awam lebih baik jika BN kekal kerajaan – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih  baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.  

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya. 

Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada  penjawat awam  kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST. 

“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH, ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya,” kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini