LZS jamin rumah baharu Muhammad Nur siap Oktober depan - Utusan Malaysia

LZS jamin rumah baharu Muhammad Nur siap Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan jaminan rumah baharu kepada seorang peniaga makanan yang musnah dalam kebakaran pada Julai tahun lalu akan disiapkan Oktober depan.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporatnya, Datin Norajun Ainun Mohd. Hashim berkata, kerja pembinaan rumah Muhammad Nor Sabirin, 48, itu akan bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri nanti termasuk pelantikan kontraktor. 

“Berdasarkan kepada rekod, keluarga Muhammad Nor merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS sejak Mac lalu dan telah membuat permohonan pembinaan rumah serta telah diluluskan pada bulan lepas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak itu, keluarga ini telah disantuni dengan bantuan perubatan secara berkala untuk anaknya dan terkini adalah bantuan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. 

Jelas Norajun, LZS telah menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM5,000 sejak rumah Muhammad Nor musnah dalam kebakaran pada Julai tahun lalu. 

Dalam kejadian pada 7 Julai tahun lalu, Muhammad Nor bersama isteri, Zuraida Awang, 35, dan bayi mereka berusia 11 bulan terselamat dalam kebakaran pukul 10.50 pagi. 

Kebakaran tersebut telah memusnahkan keseluruhan rumah peninggalan arwah ibunya.  

Sementara itu, Muhammad Nor menjelaskan, dia sekeluarga kini terpaksa menumpang di rumah saudara yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini