Pusat urut guna aplikasi WeChat diserbu - Utusan Malaysia

Pusat urut guna aplikasi WeChat diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Dua buah premis urut yang dikesan menyediakan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat terbongkar hasil serbuan Jabatan Imigresen di kawasan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan oleh Unit Operasi Khas (QRT) Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analis Jabatan Imigresen bermula pukul 5 petang itu, seramai 12 orang wanita yang dipercayai bekerja sebagai turut urut telah ditahan bersama dua lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis.

“Kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Filipina, Vietnam (1), Thailand (1) dan China (1).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati premis urut tersebut disyaki menjalankan aktiviti-aktiviti maksiat dan tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan urutan badan oleh wanita warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mustafar, modus operandi pemilik premis ialah berhubung dengan pelanggan menerusi aplikasi WeChat bagi bagi membuat tempahan tanpa perlu datang ke premis.

“Biasanya pelanggan membuat pemilihan wanita yang dikehendaki mengikut nombor badan atau nama samaran.

“Pemeriksaan mendapati, kegiatan tidak bermoral itu dijalankan di dalam bilik urut yang dilengkapi dengan bilik air dan katil mandi (water bed),” katanya.

Tambah beliau, premis tersebut menawarkan perkhidmatan urutan badan pada harga RM160 di mana RM70 akan diambil oleh majikan manakala selebihnya RM90 merupakan tips kepada wanita warga asing terbabit.

Kata beliau, siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini