Mohamed dilantik Pengerusi MAINS - Utusan Malaysia

Mohamed dilantik Pengerusi MAINS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 Jun – Ahli Lembaga Fatwa kerajaan negeri, Datuk Mohamed Husein, 74, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis MAINS dan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir serta Muslim College, United Kingdom menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Ahli Majlis MAINS, Datuk Dr. Abd. Aziz Sheikh Kadir dilantik Timbalan Pengerusi MAINS mulai semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pelantikan tersebut telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Semua pentadbiran MAINS akan dipimpin oleh pengerusi yang baharu berkuat kuasa mulai semalam bagi tempoh tiga tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Menara MAINS, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik dan Setiausaha MAINS, Datuk Kamal Amran Kamarudin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini