Keprihatinan Agong suntik semangat rakyat - Utusan Malaysia

Keprihatinan Agong suntik semangat rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Jun – Perkenan Sultan Muhammad V agar peruntukan gaji dan emolumen Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus telah menyuntik semangat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta rakyat dalam bersungguh-sungguh mengurangkan beban hutang Kerajaan Persekutuan.

Guan Eng dalam satu kenyataan memberitahu, dalam kepincangan negara dirundung beban hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,087 bilion, beliau menjunjung kasih dan percaya limpah kurnia serta keprihatinan Baginda itu disanjung tinggi rakyat.

“Kementerian Kewangan dengan ini merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana perkenan limpah kurnia bagi memotong 10 peratus gaji serta emolumen Baginda sepanjang pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini sebagai sumbangan Baginda mengurangkan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,087 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sultan Muhammad V semalam dilaporkan memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, ini kerana Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini