Remaja penuhi majlis khatam al-Quran Masjid Jameatus Salehah - Utusan Malaysia

Remaja penuhi majlis khatam al-Quran Masjid Jameatus Salehah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIDIK. Kira-kira 100 peserta program tadarus mengambil bahagian pada program khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Jameatus Salehah, Dengkil, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Peserta terbabit yang sebahagian besarnya merupakan golongan remaja lelaki dan perempuan berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran sejak dimulakan pada 1 Ramadan lalu. 
Program khatam al-Quran tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila anggota jemaah masjid itu terutamanya ibu bapa peserta turut hadir memeriahkan suasana. 
Pada majlis tersebut, peserta khatam al-Quran berkenaan menerima sumbangan wang tunai dan hadiah iringan.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini