MELAKA 11 Jun – Sebanyak 200 penerima terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal diraikan sempena majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri, Adly Zahari di Restoran Subaidah, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi.
Kesemua penerima sumbangan daripada Subaidah Holding Sdn. Bhd. itu merupakan mereka yang terpilih daripada sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.
Pengarah Urusan Subaidah, Datuk Abdul Aziz Abd. Razak berkata, program sumbangan tersebut merupakan kali ke-10 dianjurkan pihaknya bagi membantu golongan yang memerlukan menyambut kehadiran Aidilfitri.
“Selain hamper, kita turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM100 setiap seorang dan hadiah yang diharap dapat meringankan beban kumpulan sasar tersebut,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











